Thursday, 12 March 2015

Bekas pengurus didakwa suruh Tegar tidur pakai seluar dalam, ajak mandi bersama

Tegar juga pernah tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarganya dan Arif telah merampas telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penyanyi cilik Tegar akui terima gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, ketika berada di bawah pengurusan lelaki tersebut.

Penyanyi berusia 13 tahun itu menerusi sidang media Aksi Menentang Kejahatan Seksual Terhadap Anak di Jakarta Timur semalam berkata, kejadian tersebut berlaku di antara bulan November 2014 hingga Januari tahun ini.

“Kejadian tersebut berlaku ketika saya berada di Malaysia untuk sebuah konsert. Selepas beberapa hari dia, meminta saya untuk tinggal beberapa hari lagi di Kuala Lumpur.

“Di situlah berlaku gangguan seksual terhadap saya. Bukan itu sahaja, selalunya dia akan menyuruh saya tidur pakai seluar dalam sahaja,” dakwanya.

Dakwa Tegar lagi, setiap kali waktu tidur pengurusnya akan mendekatinya dan cuba melakukan perkara tidak senonoh.

"Setiap kali mahu tidur, dia suka dekati. Saya tanya mahu apa sih? Saya mahu tidur capek (penat)…Dia ajak pula saya mandi bersama. Katanya mahu mandikan saya.

“Saya terkejut dan takut …Saya ikut sahaja kemahuan dia. Dan ya, kami mandinya biasa saja, sama-sama buka baju. Cuma tidak apa-apa yang berlaku,” ujarnya.

Ketika bersama bekas pengurusnya itu yang juga merupakan seorang warga Singapura, Tegar turut dihalang untuk pulang ke Indonesia selepas tamat mengadakan persembahan di Malaysia.

Tegar juga tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarganya dan pengurusnya itu telah merampas telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.

Menurut laporan media di Indonesia pada Rabu, Tegar dan keluarganya telah meminta bantuan Komisi Nasional Perlindungan Anak dan membuat laporan polis hari ini (Khamis).

"Besok kami akan membawa Tegar membuat laporan polis kerana ini merupakan jenayah ke atas kanak-kanak.

“Kami turut mendapat laporan, dia (pengurus Tegar) juga pernah melakukan jenayah seksual terhadap anak tirinya yang ketika itu baru berusia 13 tahun (kini 21 tahun). Malah, bekas isterinya juga meminta kami supaya berhati-hati,” kata Ketua Komisi Nasional Perlindungan Anak, Arist Merdeka Sirait.

Isu ini hangat diperkatakan di Indonesia sejak semalam selepas ia didedahkan media di sana yang menganggap Tegar merupakan mangsa kepada seorang pedofilia (seorang dewasa yang gemar melakukan seksual terhadap anak kecil). 

- Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment