Thursday 12 March 2015

Penyokong IS lancar 5elafabook.com

DUBAI - UNITED ARAB EMIRATES. Penyokong kumpulan militan Negara Islam (IS) didakwa telah melancarkan media sosial mereka sendiri selepas berdepan sekatan daripada Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, operasi laman 5elafabook.com itu digantung sementara kononnya untuk melindungi maklumat dan keselamatan ahli mereka sehari selepas ia dilancarkan pada Ahad lalu.

Laman amatur memaparkan peta kawasan dikuasai IS itu telah direka menggunakan program Socialkit yang membolehkan pengguna menghasilkan rangkaian sosial mereka.

Sementara itu, media tempatan melaporkan individu yang bertanggungjawab mereka laman sosial tersebut masih belum dikenal pasti sehingga kini. -- Reuters

No comments:

Post a Comment