Saturday 28 March 2015

Selain Rafizi, Hishammuddin, Fariz pula ditahan

ACP Zainuddin Ahmad 

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di ibu kota, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan polis turut menahan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

"Selain itu, turut ditahan Koordinator Jingga 13, Fariz Musa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan ditahan selepas perhimpunan tadi," katanya.

Kelmarin, polis menahan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan di Pusat Khidmatnya, Pandan Prima, mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment