Saturday 28 March 2015

Presiden China beri hadiah kepada anak Najib

Daniyar Kessikbayev dan Nooryana Najwa pada majlis akad nikah pernikahan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya.

BOAO - CHINA. Presiden China, Xi Jinping menyampaikan hadiah istimewa kepada anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa, yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

"Beliau telah membuat sesuatu yang saya tidak jangka iaitu memberikan hadiah istimewa untuk anak saya,” kata Najib selepas mesyuarat dua hala dengan Jinping di sini hari ini.

Beliau berkata hadiah itu ialah berupa kain sulaman dua belah bercorak bulan penuh dan bunga mekar serta set teh porcelin China.

"Saya diberitahu bahawa sulaman itu melambangkan kebahagiaan yang abadi," kata Najib yang berada di sini untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015 di sini.

"Presiden Xi juga telah dua kali menyampaikan ucapan tahniah kepada anak saya saya atas perkahwinannya, kata beliau.

Nooryana Najwa melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev pada 19 Mac lepas. 

- Sumber berita & foto: Bernama‎

No comments:

Post a Comment