Saturday 28 March 2015

Mat Sabu ditahan

Mohamad Sabu

GEORGETOWN - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis sekitar jam 12.20 tengah malam tadi setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Salleh Man untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Sebelum itu beliau baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Negeri di Markaz Tarbiyah Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Pagi tadi beliau hadir ke Mahkamah Seksyen Butterworth pembicaraan kes Mat Indera.

Pembicaraan bersambung hari ini dengan saksi pendakwa ke 10 membabitkan Pakar Sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim.

Menurut Penolong Setiausaha Pas Negeri, Zahar Zainul, Mohamad belum sempat minum bersama mereka, pihak polis terus membawanya ke Balai Polis Seberang Jaya.

"Saya agak polis mengekori beliau dari Markaz Pas Negeri Di Pongsu Seribu lagi. Turun saja kereta Ustaz Saleh Man polis terus bertindak menahannya, " katanya.

Penahanan terbabit berkemungkinan melibatkan kes demonstrasi di Kuala Lumpur hari ini.

Petang semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga ditahan di bawah Akta Hasutan apabila menyeru ahli parti hadir ke 'demontrasi #KitaLawan' yang bakal diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment