Saturday, 28 March 2015

Pembantu menteri terselamat dalam nahas


KOTA KINABALU - Seorang pembantu menteri terselamat dalam nahas yang melibatkan kereta yang dinaikinya dengan sebuah bas henti-henti di Jalan Tuaran Bypass di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisnten Komisioner M Chandra berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan yang dinaiki Pembantu Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Edward Yong Oui Fah dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menghala Matunggong, Kudat.

Beliau berkata, bas tersebut keluar dari arah kiri dan memasuki lorong keempat (kanan) untuk membuat pusingan U.

"Akibat pelanggaran itu, kereta Volvo yang dinaiki pembantu menteri berkenaan rosak di bahagian depan dan terbakar manakala bas itu rosak di bahagian belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian disebabkan kecuaian pemandu bas yang keluar dari susur terus memasuki lorong keempat untuk buat membuat pusingan U.

Pemandu kereta dan bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment