Friday 6 March 2015

‘Saman ini angpow Tahun Baharu Cina’


Tony Pua
 
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee menyifatkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pemberian “angpow” Tahun Baharu Cina bagi beliau tahun ini.

Katanya, fail saman tersebut merupakan kali kedua diterimanya daripada pihak yang sama pada November tahun lepas berhubung kontroversi syarikat pelaburan nasional itu.

“Ia (saman) adalah pemberian angpow Tahun Baharu Cina selepas perdana menteri kita hantar kepada saya surat tuntutan pada November tahun lepas,” katanya yang dimuat naik di akaun Facebooknya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman fitnah terhadap ahli Parlimen DAP itu berhubung isu 1MDB.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Najib saman Ahli Parlimen DAP]

Dalam pada itu, Tony bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu tersebut kerana peguamnya masih belum menerima surat saman itu.

“Peguam saya, Gobind Singh Deo belum menerima lagi surat saman itu, jadi saya tidak boleh komen lanjut,” ujarnya.

Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata lagi beliau menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak untuk memeriksa balas saman tersebut dalam kandang saksi isu 1MDB nanti.
 
- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment