Friday 6 March 2015

Pelakon dicekup buat kali ketiga kerana disyaki miliki dadah

Pelakon berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Polis dilaporkan telah menahan seorang pelakon yang pernah dicekup dua kali sebelum ini atas kesalahan memiliki dadah.

Menurut laporan sebuah portal, pelakon berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.

Pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

Pihak polis turut dikatakan menjumpai sepucuk pistol angina di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment