Friday, 6 March 2015

Kematian Sugumar berpunca kegagalan polis dapatkan rawatan segera - Mahkamah Koroner

Mahkamah Koroner memutuskan kematian C. Sugumar pada 2013 adalah berpunca dari kegagalan pegawai polis untuk mendapatkan rawatan segera. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan kematian tahanan C. Sugumar pada 2013 adalah disebabkan dari kegagalan pegawai polis untuk mendapatkan rawatan segera terhadap masalah jantung yang dihadapinya ketika kejadian.

Memetik Malay Mail Online, Hakim Rozi Bainun berkata meskipun punca kematian adalah disebabkan oleh masalah pembuluh jantung tersumbat, pegawai polis yang berada di lokasi penahanannya di Hulu Langat sepatutnya menghantar mendiang yang tangannya digari ke hospital selepas mendapati Sugumar menghadapi masalah bernafas.

Tambah Rozi, tiada sebarang keterangan yang dibentangkan di mahkamah menunjukkan tindakan si mati boleh menyebabkan bahaya kepada sesiapa.

Penggunaan lebih dari satu pasang gari juga menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu adalah ganas dan di luar kebiasaan.

Sugumar meninggal dunia ketika dia didakwa cuba melarikan diri dari tahanan polis di Hulu Langat pada 23 Januari 2013. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment