Friday, 6 March 2015

Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Khairuddin

KHAIRUDDIN: Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perselisihan dan tuduh menuduh di antara Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dengan bekas Naib Ketua UMNO bahagian itu disifatkan semakin panas apabila Mohd Hilmie Ibrahim dikatakan seorang samseng hingusan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Tegas Khairuddin, kenyataan Hilmie yang mengatakannya 'meludah ke langit' dilihat sangat lucu selain layak untuk ditujukan kepada diri sendiri.

"Saya hendak tanya Hilmie kenapa dia tidak pernah hadir mesyuarat sejak menang jawatan Ketua Pemuda Batu Kawan? Dia tidak pernah panggil untuk mesyuarat Pemuda bahagian dan hanya membuat mesyuarat khas Pemuda di Batu Kawan.

"Hakikatnya, budak hingusan ini gagal mendapat sokongan penuh daripada Pemuda Batu Kawan. Program politik apa yang dia anjurkan untuk Pemuda Batu Kawan," katanya di sini hari ini.

Khairuddin mengulas dakwaan Hilmie yang memintanya menyenaraikan apa sahaja program atau sebarang aktiviti yang pernah dibuat kepada parti di kawasannya.

Hilmie turut mahu Khairuddin bertanya diri sendiri apakah sumbangan baktinya kepada ahli dan masyarakat di kawasan itu.

Kata Khairuddin lagi, dia bukan tergolong umpama peribahasa ' Ayam bertelur sebiji riuh sekampung' dan suka mencanang setiap aktiviti yang dibuat.

"Saya sudah banyak selesaikan pengambilan tanah-tanah orang Melayu, tanah tol dan masalah pampasan orang Melayu di Batu Kawan. Hilmie tahu apa?

"Hilmie hanya seorang yang gagal memanggil mesyuarat penuh Pemuda Batu Kawan sehingga kini. Sudah berapa tahun menang jawatan Ketua Pemuda Bahagian tetapi gagal panggil mesyuarat penuh Pemuda Bahagian," jelasnya.

Tegasnya, Hilmie juga seorang yang tidak tahu menghormati perlembagaan UMNO dan etika parti sekali gus tidak layak untuk bercakap tentang moral orang lain.

"Masalah muflis yang saya jadi penjamin korporat telah pun selesai. Saya akan umumkan dalam masa terdekat," ujarnya.

Katanya lagi, dia kini menunggu pendirian Ibu Pejabat UMNO, Setiausaha Kerja dan Setiausaha Kerja parti terhadap tindakan tatatertib yang akan diambil terhadap Hilmie.

"Sehingga kini, Hilmi masih gagal menjawab surat tunjuk sebab kepada Biro Pengurusan UMNO di Batu Kawan.

"Saya harap Ibu Pejabat UMNO mesti bersikap adil serta tegas dalam mengambil tindakan disiplin kepada Hilmie yang tidak menghormati UMNO Bahagian Batu Kawan," tegasnya.

Dalam pada itu Khairuddin turut menasihati Hilmie supaya tidak membawa budaya samseng di dalam UMNO bahagian.

"Saya akan tunggu dan lihat perkembangan serta tindakan disiplin yang bakal diambil kini oleh Ibu Pejabat UMNO terhadap Hilmie.

"Saya juga bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Hilmie kerana memfitnah saya menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia tidak ada kaitan dengan Najib atau UMNO. Hilmie ini tidak faham asas perjuangan saya.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment