Nurul Nuha Anwar
SHAH ALAM - "Kami tak sangka keputusan dibuat secepat ini kerana petisyen pengampunan masih diputuskan!" demikian ujar Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar bagi mengulas penolakan permohonan Anwar untuk hadir ke persidangan Parlimen menjelang Isnin depan.
"Kami sekeluarga amat hampa dengan keputusan yang telah dibuat. Penolakan ini dibuat tanpa alasan kukuh," katanya kepada Sinar Online.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dalam satu surat yang dihantar kepada Peguam Anwar, N Surendran tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke persidangan Parlimen.
Bagaimanapun keputusan tersebut didapati bercanggah dengan Fasal 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Anwar masih kekal sebagai ahli Parlimen selagi petisyen pengampunan yang dibawa oleh keluarga Anwar tidak diselesaikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Menjelaskan kepada Sinar Online hari ini, Nurul Nuha turut menegaskan bahawa kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh masih dikekalkan berikutan keputusan petisyen masih belum diumumkan.
"Dewan Rakyat kata ayah kami masih lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, dia masih berhak hadir ke persidangan," katanya lagi.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment