Wajarkah jalan-jalan negara ditukar kepada nama-nama wira negara yang tidak didendang? -Gambar: Facebook/Kevin Bathman
KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia yang kini bermaustautin di Sydney, Australia menyeru kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf wira negara yang tidak didendang dengan mengabadikan nama mereka sebagai nama jalan raya di Malaysia.
Pereka grafik, pencerita dan aktivis kepelbagaian kaum Kevin Bathman menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik beberapa gambar papan tanda jalan raya yang telah diubahsuai di album “Malaysian Street Sign Tribute for Unsung Heroes".
“Secara jujur, saya buat ini untuk suka-suka. Saya ikuti perkembangan Malaysia dan ini adalah peluang saya untuk memberikan respon dalam bentuk sebuah kerja seni. Saya juga terfikir tentang sumbangan beberapa personaliti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kepada negara.
“Inilah masanya untuk sumbangan mereka diiktiraf,” kata Bathman ketika dihubungi Astro AWANI.
Ditanya tentang pemilihan nama-nama di album gambar beliau, Bathman berkata mereka ialah antara personaliti yang dikenali dan dekat di hati rakyat Malaysia.
“Banyak lagi nama yang berhak namun ini juga adalah satu peluang untuk memulakan perbualan. Ada yang mungkin setuju atau tidak setuju dengan senarai saya. Sebagai contoh, mungkin ada yang tidak setuju dengan Ambiga Sreenevasan, tetapi ini adalah satu permulaan untuk mendapat maklum balas,” jelas Bathman.
Berikut adalah antara nama-nama yang beliau rasakan layak menerima pengiktirafan tersebut:
Irene Fernandes yang merupakan pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita. Beliau meninggal dunia pada 31 Mac 2014.
Jalan Yasmin Ahmad? -Gambar: Facebook/Kevin Bathman
Yasmin Ahmad, pengarah filem tersohor yang terkenal dengan filem-filem seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime. Beliau meninggal dunia akibat angin ahmar pada 25 Julai 2009
Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat dan pernah digelar 'Harimau Jelutong' kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.
Jalan Karpal Singh? -Gambar: Facebook/Kevin Bathman
Nicol David, pemain skuasy nombor 1 dunia dan pada Februari lalu mencipta rekod baharu apabila bertahan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia selama 106 bulan dalam senarai Persatuan Squasy Wanita (WSA).
Antara nama-nama lain yang perlu diiktiraf adalah peguam Ambiga Sreenevasan, kartunis Lat, penari dan koreografer Ramli Ibrahim, penghibur terkenal Datuk Sudirman, pereka kasut Datuk Jimmy Choo dan jururawat Sybil Kathigasu.
Jalan Jimmy Choo? -Gambar: Facebook/Kevin Bathman
Nama Ambiga Sreenevasan diabadikan di Kuala Lumpur? - Foto Kevin Bathman
Sudah tiba masanya nama kartunis Datuk Lat diabadikan pada nama jalan. -Foto Kevin Bathman
Adakah anda bersetuju sekiranya nama Penghibur Nombor Satu Asia, Sudirman Hj Arshad diabadikan pada nama jalan? -Foto Kevin Bathman
Wajarkah jalan-jalan negara ditukar kepada nama-nama wira negara yang tidak didendang?
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment