Saturday 14 March 2015

Mayat tanpa biji mata ditemui di pantai Besut


KHALED: Mereka yang kehilangan saudara mara diminta agar menghubungi polis - Gambar Fail

BESUT: Satu mayat lelaki tanpa pakaian dan kedua-dua biji mata ditemui terdampar di Pantai Kampung Beting Lintang, sempadan Besut dan Setiu pagi tadi.

Seorang pemungut telur penyu menemui mayat kira-kira 6.30 pagi dengan kulit muka mayat merekah dan badannya membengkak kerana dipercayai hampir seminggu telah mati dan dibawa ombak ke pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata tiada dokumen pengenalan diri pada mayat yang dijangka berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.

Mayat kini berada di bilik mayat Hospital Besut.

Mereka yang kehilangan saudara mara diminta agar menghubungi polis. 

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment