Saturday, 14 March 2015

Lelaki OKU maut dipercayai diserang gajah liar

Anggota UTG melepaskan ubat pelali kepada gajah betina yang berjaya dijejakinya sejak empat hari lalu.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Teluk, Tanjung Sedili dekat sini ditemui tidak bernyawa oleh penduduk dipercayai diserang gajah liar dalam kejadian awal pagi tadi.

Mangsa Roslan Kamar,32 ditemui di kawasan kebun di Kampung Teluk dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar panjang.

Turut kelihatan beberapa kesan tapak kaki gajah berhampiran tempat di mana mangsa dijumpai serta tanaman kelapa sawit yang telah rosak dipercayai telah dimakan oleh haiwan liar tersebut.

Bapa mangsa, Kamar Mahasin, 54 berkata dia mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa anaknya selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, penduduk memberitahu bahawa anaknya telah diserang gajah dan sebaik sahaja ke tempat kejadian dia melihat mayat anaknya berada di dalam parit di kebun tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan seorang lelaki OKU dan memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT).

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment