Saturday 14 March 2015

Hanez Suraya berdebar akhiri zaman bujang

Ini debaran semalam. Sekarang mereka sudah selamat diijabkabul

Hanez Suraya bersama tunangnya Romie

KURANG 24 jam daripada sekarang, pelakon cantik, Hanez Suraya, 30, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki pilihan hatinya, Romie Razil Adilha.

Majlis pernikahannya dijadualkan berlangsung esok di Masjid Putra, Putrajaya itu bakal menjadi detik bersejarah Hanez selepas melalui pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang perhubungan mereka. 

Memetik laporan Media Hiburan, Hanez berkata semua persiapan untuk majlis perkahwinan esok berjalan lancar dan mengakui gementar kerana bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai isteri dan berkongsi kasih dengan anak-anak Romie.

"Memandangkan sebelum ini saya melalui pelbagai dugaan, esok bakal merubah segalanya. Pastinya ia satu lagi perasaan yang ingin saya tunjukkan kepada orang di mana saya juga berhak merasai kebahagiaan itu," ujar Hanez.

Majlis persandingan dan majlis berinai besar akan diadakan pada sebelah malam di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan.

- Sumber: Sinar Harian | 13 Mac 2015

No comments:

Post a Comment