Friday, 27 March 2015

Juruterbang perlu kerap jalani pemeriksaan fizikal, mental


Pembantu penerbangan Germanwings 4U9525 Andreas Lubitz

KUALA LUMPUR: Juruterbang harus kerap menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental, kata badan penerbangan UN, selepas ia diketahui pembantu juruterbang Germanwings telah dengan sengaja menjatuhkan pesawatnya, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru di atas kapal terbang tersebut.

"Semua juruterbang diharuskan menjalani pemeriksaan kesihatan (oleh doktor yang terlatih dalam perubatan penerbangan) yang merangkumi penilaian kedua-dua fizikal dan mental,” kata Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di dalam sebuah kenyataan pada Khamis.

"Jika pemeriksaan itu menunjukkan sebarang kebimbangan, satu lagi pemeriksaan yang lebih khusus boleh diambil untuk memeriksa keadaan neuropsikologi juruterbang tersebut," agensi UN itu menambah.

Pihak berkuasa Perancis berkata, pembantu juruterbang penerbangan Germanwings 4U9525 telah dengan sengaja menghempaskan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps pada Selasa selepas mengunci juruterbang dari luar kokpit.

Pembantu juruterbang itu, Andreas Lubitz, 28, berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf.

Sementara itu, para penyiasat telah menggeledah dua kediaman Lubitz pada Khamis, kata pihak berkuasa.

"Kedua-dua rumah pembantu juruterbang tersebut di Duesseldorf dan Montabaur telah digeledah," kata ketua pendakwa raya Ralf Herrenbrueck.

Lubitz tinggal bersama ibu bapanya di kota barat Montabaur, sambil menyimpan sebuah flat di Duesseldorf, Datuk Bandar Montabaur, Gabriele Wieland memberitahu agensi berita DPA.

Pendakwa raya Duesseldorf telah membuka satu lagi siasatan di bawah penyiasatan utama yang kini dijalankan di Perancis kerana kebanyakan mangsa nahas itu dari rantau Jerman.

Di dalam satu kenyataan bertulis, pendakwa raya bandar itu berkata, carian di Duesseldorf dan juga tempat lain adalah bertujuan "penemuan dan mendapatkan dokumen peribadi, khususnya" untuk membantu menjelaskan situasi sebenar.

Di Montabaur, sebuah bandar yang didiami 12,500 penduduk, polis telah mengepung kawasan sekitar rumah keluarga Lubitz, sebagaimana diperhatikan seorang wartawan AFP.

Pegawai-pegawai yang memakai sarung tangan dikelihatan berjalan sambil memegang pelbagai bagasi termasuk beg bimbit dan kotak.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment