Friday 27 March 2015

Honda konsisten isu harga kereta

Penerima sumbangan bergambar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Buku Rujukan kepada Sekolah-sekolah Terjejas Banjir di JPNT, kelmarin.

HONDA Malaysia Sdn Bhd masih lagi konsisten dengan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini berhubung harga kereta selepas GST.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata, naik atau turun harga kereta keluaran syarikat berkenaan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan diketahui 30 Mac nanti.

“Buat masa sekarang, kita ada menawarkan insentif bagi pelanggan yang mendaftar kereta sebelum GST, manakala selepas GST kami tak maklumkan apa-apa lagi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Honda Malaysia Sdn Bhd menjangkakan pengiraan tepat peratusan penurunan harga kenderaannya selepas GST akan dapat diketahui setelah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kewangan.

Sementara itu, sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Buku Rujukan kepada Sekolah-sekolah Terjejas Banjir di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kelmarin, Roslan mengumumkan syarikat itu menyumbang RM500,000 berupa buku rujukan
dan latihan kepada 48 buah sekolah di tiga negeri pantai timur yang terjejas banjir tahun lalu.

“Tiga buah negeri yang menerima sumbangan termasuk Terengganu, Kelantan dan Pahang. Terengganu melibatkan 16 buah sekolah, Kelantan (17) dan Pahang (15).

"Kemudahan berkenaan memberi manfaat kepada lebih 7,000 pelajar yang terlibat.

"Buku berkenaan diberi keutamaan kepada pelajar yang bakal menghadapi UPSR, PT3 dan SPM," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment