Friday, 27 March 2015

Jepun lancar satelit pengintip


Gambar hiasan.

TOKYO - JEPUN. Kerajaan Jepun berjaya memasukan satelit kameranya ke ruang orbit, menurut Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (Jaxa), semalam.

Satelit berkenaan dilancarkan jam 10.21 pagi (waktu tempatan) menerusi roket H-2A dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah Kagoshima.

Ia merupakan pelancaran kedua oleh Jepun tahun ini.

Difahamkan, satelit baharu itu akan menggantikan salah satu daripada dua satelit yang dilancarkan pada 2009.

Sehingga kini, Jepun mempunyai dua satelit radar dan dua satelit optik di ruang orbit.

- Sumber: dpa

No comments:

Post a Comment