COMEL... Aaisyah Dhia Rana kini berusia lima bulan.
KUALA LUMPUR: Anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
Malah bayi popular kegilaan ramai itu menjadi artis termuda menaungi syarikat pengurusan popular yang sudah lima tahun beroperasi.
Bahkan Zain turut membuat keputusan untuk bersama pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi sejak awal tahun ini.
"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.
"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," kata Rozita Che Wan yang kini berada di Narita, Jepun untuk penggambaran program Primadona.
Sementara itu, Zain berkata beliau turut senang melihat bagaimana LOL selama ini menguruskan kerjaya isterinya.
"Jadi kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," kata Zain.
LOL bakal menyambut ulang tahun kelima pada 15 Jun depan.
- Sumber berita & Foto: BHOnline
No comments:
Post a Comment