Monday 10 November 2014

Zalif Sidek kena samun

Zalif Sidek

TAHUN ini agak malang bagi segelintir selebriti tempatan apabila mereka menjadi mangsa samun golongan tidak bertanggungjawab.

Selain Noryn Aziz, Eja dan pengarah Mamat Khalid, pelakon kelahiran Metrowealth International Group (MIG), Zalif Sidek juga tidak terkecuali menjadi mangsa.

Disamun ketika berada di pusat membeli-belah The Curve, Damansara malam Rabu lalu, bintang filem Papa I Love U ini kerugian hampir RM1,000. Zalif sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan ini merupakan kali pertama dia berhadapan kejadian malang itu.

"Saya agak trauma dengan kejadian tersebut. Ia merupakan pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Malah saya juga ingatkan rakan artis supaya berwaspada dengan sesiapa sahaja yang mahu mendekati mereka, bimbang akan mengalami nasib yang sama seperti saya," katanya.

Mengimbau kejadian tersebut, Zalif memberitahu, selepas mengeluarkan wang di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di pusat membeli-belah tersebut, dia perasan seperti diekori seseorang.

"Sewaktu saya masuk ke sebuah butik, ada individu menyapa saya dan meminta bergambar bersama. Saya sangka dia hanyalah peminat biasa. Tetapi ketika mahu membayar, barulah saya sedar dompet saya telah hilang," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment