Monday 10 November 2014

Penyanyi wanita bertudung paling bergaya di Malaysia

Revolusi muzik di Malaysia juga dilihat berada pada satu fasa yang melangkah setapak ke hadapan. Penampilan seorang artis juga melambangkan imej muzik seseorang . Hari ini InTrend senaraikan penyanyi wanita bertudung paling digemari. 

Dato Siti Nurhaliza

Penyayi no 1 Malaysia ini mula bertudung sepenuhnya pada awal tahun 2013. Bukan sahaja lagu dan suaranya menjadi dambaan semua rakyat jelata, personaliti manja dan fesyen tudungnya sering menjadi ikutan. Berkolaberasi dengan beberapa nama fesyen terkemuka menghasilkan koleksi eksklusif tudung menjadi fenomena suatu masa dulu. 

Yuna

Gaya turban merupakan trademark penyanyi ini. Boleh dikatakan Yuna merupakan trendsetter baru remaja bertudung untuk kelihatan bergaya. Tidak pernah gagal dalam bergaya kini Yuna menempa nama ke peringkat antarabangsa. 

Najwa latif

Agak lama selebriti ini senyap, mungkin kala ini dirinya sibuk dengan jadual pembelajaran kolej yang padat. Biar apapun, Najwa Latif kekal menjadi pilihan golongan remaja yang minat dengan lagu dan suara chic! penyanyi muda ini. Biar fesyennya sering dikritik oleh peminat fesyen, dirinya tenang dan terus mendaki menggapai awan. 

Heliza Helmi

Selebriti bermata galak ini bukan sahaja miliki bakat dalam nyanyian malah bijak dalam berkata-kata. Ramai golongan universiti khususnya meminati gaya Heliza. Mungkin kerana penampilan gaya ringkas yang dipotret kan oleh Heliza merupakan citarasa masyarakat kini. Paduan gaya baju potongan “A” shape sering dipadankan dan menjadi ikutan wanita muslimah 

Shila Amzah

Biar dipalit pelbagai kontroversi berkaitan hubungan cinta dan juga kariernya. Shila Amzah masih bertakhta di hati peminat di Malaysia. Biar gaya tudung yang tidak pernah menjadi ikutan fesyen, Shila Amzah masih mengekalkan suara dan karya lagu yang menjadi siulan di corong radio. Menggapai awan dalam kerjayanya, kini Shila Amzah Berjaya di negara China mengejar cita-cita. 

Alyah 

Selebriti berpengalaman ini bukan sahaja cantik malah gayanya sering menjadi perhatian. Ramai yang menamakan Alyah sebagai fashionista muslimah. Malah gaya Alyah juga pernah dikritik oleh peminat fesyen. Secara keseluruhan Alyah kelihatan versatil, lontaran vokal yang hebat dan paduan gaya yang memukau menjadikan Alyah seorang selebriti berpengalaman yang paling diminati.

- Sumber: Astro Publication

No comments:

Post a Comment