Monday 10 November 2014

Cucu didakwa gelapkan duit nenek RM1 juta

Hezlishah didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Seberang Jaya pada 10 hingga 11 Disemberm 2013 antara jam 12 tengahari hingga 5 petang.

BUKIT MERTAJAM: Seorang cucu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas dakwaan pecah amanah kerana menggelapkan wang satu juta ringgit hasil jualan tanah milik neneknya Disember tahun lalu.

Tertuduh Hezlishah Ahmad, 27 tahun yang juga seorang kontraktor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan majistret, Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa gagal menyerahkan wang hasil jualan tanah milik mangsa Rahmah Mohd, 79 tahun, ‎yang dibayar melalui lima keping cek dengan nilai keseluruhan RM1 juta ringgit di atas nama tertuduh.

Hezlishah didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Seberang Jaya pada 10 hingga 11 Disember 2013 antara jam 12 tengahari hingga 5 petang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan atau denda jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Fitri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwaraya Kamaliza Md Zain manakala Hezlishah tidak diwakili peguam.

Kejadian berlaku apabila mangsa telah mengamanahkan tertuduh untuk menguruskan penjualan tanahnya, termasuk urusan penerimaan bayaran di atas faktor umur.

‎Tertuduh telah gagal menyerahkan wang tersebut selepas menerima bayaran jualan tanah kepada neneknya. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment