Gambar Mohd Razahan Zamani (kanan) dan Norlia Akmar Hamid (dua dari kanan) yang dirakam oleh bapa Norlia sebelum betolak ke Beijing. --Gambar AFP
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri sepatutnya pulang ke tanah air hari ini setelah menikmati percutian bulan madu mereka di Beijing.
Namun, Mohd Razahan Zamani, 23, dan Norlia Akmar Hamid, 33, merupakan diantara 227 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada hari Sabtu.
Mereka yang sudah berkahwin selama dua tahun baru berkesempatan untuk berbulan madu. Belum sempat menjejak kaki di ibu negara China, kini lokasi mereka menjadi tanda tanya.
Sebahagian ahli keluarga yang kini menetap di Hotel Everly masih menantikan maklumat terkini tentang lokasi pesawat dan ia sudahpun memasuki hari ke-6.
Ibu kepada Razahan terlalu merindui anak sulung serta menantunya. Beliau terlalu sedih untuk menjawab soalan media, namun sumaninya Zamani Zakaria, 59, sedia untuk berkongsi.
"Hari ini beliau teringat pasal anak. Biasalah perempuan emosi sikit tetapi dia memang sayang anak sulung dia itu. Dulu dapat bergurau-gurau kalau dihubungi,"
"Dia hendak tahu anaknya hidup ke atau macamana kehidupan dan keadaan di sana. Sudah masuk hari ke 6 dan masih tidak tahu lagi keadaan, dapat jumpa atau tidak. Kita tidak tahu lagi." katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.
Adik kepada Norlia pula tahu tentang keberangkatan pasangan suami isteri itu ke Beijing menerusi laman Facebook.
"Saya tahu mereka berlepas ke Beijing melalui status Facebook kakak tengah malam Jumaat dan kami sekeluarga berharap semuanya berada dalam keadaan selamat," kata Mohd. Lokman Hamid, 31.
Tambah beliau, abang iparnya bekerja di sebuah pasar raya manakala kakaknya bertugas di syarkat pembekal pakaian seragam. Mereka merupakan diantara 38 rakyat Malaysia yang menjadi penumpang penerbangan itu.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment