Thursday, 13 March 2014

MH370: MAS henti guna kod MH370


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menghentikan penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur- Beijing-Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan untuk penumpang dan krew yang hilang bersama pesawat MH370 pada Sabtu lepas.

MAS berkata, kod penerbangan MH370 akan digantikan dengan MH318 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sementara kod MH371 akan diganti dengan MH319 untuk penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

MAS berkata dua kod baru itu akan berkuatkuasa mulai esok.

“Tiada perubahan kepada jumlah penerbangan dan MAS akan terus mengendalikan perkhidmatan harian dua kali ke Beijing.

“Doa dan ingatan kami akan terus bersama rakan serta penumpang pesawat MH370” kata MAS dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment