Thursday 13 March 2014

Baru: Lenovo Vibe Z dipasaran bulan depan pada harga RM1,799



Hung Chuan (tiga dari kiri) menunjukkan Lenovo Vibe Z ketika majlis memperkenalkan produk itu, semalam.


SYARIKAT peralatan teknologi terkemuka, Lenovo memperkenalkan produk baharunya iaitu telefon pintar evolusi jangka panjang (LTE) yang pertama, Lenovo Vibe Z.

Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, produk baharu itu dijangka membantu pertumbuhan perolehan positif kepada pasaran dan jualan kesemua produk Lenovo berbanding pada tahun lalu.

Lenovo Vibe Z dilengkapi peranti dengan kawalan isyarat, peningkatan perisian foto dan pelbagai teknologi premium yang lain.

“Kami sasar golongan muda yang aktif dengan media sosial serta gemar bergambar. 

"Vibe Z dicipta dengan reka bentuk elegan, berprestasi tinggi dan perisian khas supaya orang ramai merasai pengalaman telefon pintar terbaik pada kelajuan LTE,” katanya di pelancaran Vibe Z, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu Vibe Z akan berada di pasaran pada 15 April 2014 dengan harga RM1,799.

No comments:

Post a Comment