Thursday 13 March 2014

MH370: 'Keluarga mula menerima hakikat' - JKM


CYBERJAYA: Sebahagian daripada anggota keluarga kepada penumpang MH370 pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang Sabtu lalu telah mula menerima hakikat atas apa jua perkhabaran yang bakal mereka terima mengenai pesawat itu nanti.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Noraini Mohd Hashim, itu adalah sebahagian maklum balas daripada 47 orang kaunselor JKM yang ditempatkan di Everly Hotel di sini.

“Sudah masuk hari keenam… ada keluarga yang mula menerima hakikat apa sahaja perkhabaran yang mereka akan dengar nanti,” kata Noraini.

Difahamkan, seramai 133 orang rakyat negara Malaysia ditempatkan di hotel ini, manakala seramai 24 rakyat China lagi ditempatkan di Cyberview Lodge di Cyberjaya. Pullman hotel turut disediakanuntuk menempatkan ahli keluarga penumpang, namun setakat inibelum menerima sebarang keluarga lagi..

“Ada yang masih mengalami tekanan dan sedih, dan ada juga yang sudah pulang ke rumah kerana mereka rasa mereka perlu bersama anak yang lain di Ipoh,” katanya.

Untuk keluarga yang tinggal di rumah sendiri, Noraini menasihatkan mereka untuk memaklumkan JKM negeri jika memerlukan khidmat kaunselor.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment