Saturday 18 January 2014

Ongkili mahu punca gangguan elektrik diteliti

Maximus Ongkili
Maximus Ongkili

TAWAU - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Suruhanjaya Tenaga (EC) meneliti punca gangguan bekalan elektrik di seluruh Sabah.

Beliau berkata pihaknya meminta kedua-dua agensi agar segera membuat penelitian berkenaan kerana menurut Jurutera Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), kejadian itu tidak seharusnya berlaku.

Ongkili berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri perasmian pejabat Parlimen Tawau di Bandar Sri Indah di sini hari ini.

Gangguan itu berlaku pada 11.05 pagi ini serta menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna di negeri ini, namun pihak SESB melaksanakan kerja pemulihan dan berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari.

Bekalan elektrik di Ranau pulih sepenuhnya pada 12.15 tengah hari diikuti Tawau dan Labuan (1 tengah hari), Keningau (1.50 tengah hari) Semporna (1.55 tengah hari).

Sehingga 3 petang, bekalan elektrik di Kota Kinabalu pulih 70 peratus dan gangguan itu dijangka dipulihkan sepenuhnya pada kira-kira 6 petang. - Bernama

No comments:

Post a Comment