Monday 25 August 2014

Rakyat Selangor nak tak Wan Azizah menjadi MB

kemelut politik

ANTARA pilihan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, calon Pas, calon Umno, lain-lain dan “tidak pasti”, Merdeka Centre mendapati 75 peratus (%) daripada jumlah 808 pengundi Selangor tidak memilih Wan Azizah sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut ialah keputusan kajian Merdeka Centre:

Wan Azizah – 25%

Azmin Ali – 6%

Calon Pas – 12%

Calon Umno – 15%

Lain-lain – 5%

Tidak pasti – 32%

Tidak mahu menjawab – 5%

Meskipun Wan Azizah mendapat angka tertinggi antara pilihan yang diberikan iaitu 25%, hakikatnya lebih ramai rakyat Selangor mahukan orang lain yang menggantikan Abdul Khalid, dan bukannya Wan Azizah.

Statistik yang paling menggerunkan ialah 32% yang menjawab “tidak pasti” melebihi angka yang diperolehi Wan Azizah. Barangkali mereka yang tergolong dalam kategori ini ingin menyebut bahawa mereka lebih suka Abdul Khalid dikekalkan, akan tetapi, nama Abdul Khalid tidak ada sebagai satu pilihan di dalam kajian ini.

Selain daripada 32% peratus yang “tidak pasti”, Wan Azizah juga berdepan dengan 38% rakyat Selangor yang lain yang inginkan orang lain menggantikan Abdul Khalid.

Di dalam 38% tersebut, yang mengejutkan Pakatan Rakyat ialah 15% memilih calon Umno, 12% memilih calon Pas, 6% memilih Azmin dan 5% lain-lain. Sehingga hari ini, PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas bahawa calon pengganti Abdul Khalid hanya seorang iaitu isteri beliau Wan Azizah. Melihat pada keputusan kajian Merdeka Centre, rakyat perlu bertanya apakah itu satu tindakan yang adil?

Kajian Merdeka Centre diambil berat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat selama ini. Jadi, tidak mudah untuk mereka menidakkan kesimpulan bahawa majoriti rakyat Selangor (75%) sekata menyatakan mereka lebih suka orang lain yang menggantikan Abdul Khalid berbanding Wan Azizah.

Yang mereka tidak sekata ialah siapa penggantinya sahaja. Nak dikatakan Wan Azizah ialah calon yang paling diterima untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berbanding calon lain juga tidak tepat, kerana ada 32% yang “tidak pasti” dan 5% yang enggan menjawab.

Wan Azizah cuma berada di tempat kedua, kalah kepada kategori “tidak pasti.”

Yang memihak kepada Wan Azizah sekarang ialah keputusan parti PKR, dan 30 Adun Pakatan Rakyat yang bersamanya. Bagi mereka, 30 Adun adalah mewakili suara majoriti rakyat Selangor, meskipun berlawanan dengan kajian Merdeka Centre.

Analisis lanjut oleh penulis Timmy Say di sini.

No comments:

Post a Comment