Monday 25 August 2014

Kumpulan curi motosikal Geng Bedul tumpas

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah (kiri) melihat motosikal curi dan pelbagai komponen motosikal yang dirampas hasil tangkapan geng Bedul di sekitar kawasan Jitra

JITRA: Polis daerah Kubang Pasu menahan lima suspek berumur di antara 17 hingga 22 tahun yang terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal daerah itu.

Kesemua suspek, dipercayai daripada Geng Bedul, adalah hasil tangkapan terdahulu dua suspek berusia 20 tahun pada 20 Ogos lepas kira-kira pukul 5 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritenden Abd Rahim Abdullah, hasil siasatan lanjut, pihaknya menahan tiga lagi anggota kumpulan itu.

Polis sebelum itu menjumpai empat rangka motosikal, empat enjin serta beberapa komponen di Kuala Sungai, Alor Setar.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment