Monday, 25 August 2014

Cincin tersangkut di kemaluan lelaki, bomba terpaksa dipanggil beri bantuan

- Foto Facebook JBPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu semalam berjaya membantu operasi memotong dan mengeluarkan alat berbentuk ‘cincin’ yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang berkongsi gambar kejadian menerusi laman Facebook jabatan itu, berkata empat anggota bomba telah hadir di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk membantu para doktor untuk mengeluarkan ‘cincin’ tersebut.

Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, ‘cincin’ itu merupakan sebuah ‘bearing’ alat ganti kenderaan.

Alat berbentuk cincin yang telah berjaya dipotong oleh pihak Bomba - Gambar JBPM

“Motif pemuda berumur 22 tahun itu menyarungkan cincin itu di kemaluannya tidak diketahui. Orang muda kan,” kata Zaini apabila dihubungi oleh Astro AWANI.

Zaini berkata pada Ahad, doktor dari Hospital tersebut telah membuat panggilan ke Balai Bomba Kota Bharu, untuk meminta pertolongan daripada jabatan itu untuk mengeluarkan ‘cincin’ terbabit.

“Doktor kepakarannya membedah orang, bukan alat seperti itu. Jadi, kami dipanggil untuk menolong.

“Kami mencuba sedaya upaya menggunakan alat tertentu dan kreativiti kami untuk mengeluarkan ‘cincin’ itu,” katanya.

Zaini berkata lelaki itu kini berada di bawah pengawasan pihak hospital.  -- Sumber: Astro Awani



No comments:

Post a Comment