Saturday 26 July 2014

Trafik ke utara dan timur masih perlahan, ke arah selatan terkawal


Kesesakan bermula seawal pagi Sabtu - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Aliran trafik masih perlahan di lebuhraya menghala ke utara dan timur dari ibu negara sehingga pukul 9 malam ini sementara aliran trafik ke arah selatan terkawal.

Seorang jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya Plus semasa dihubungi Bernama berkata berlaku kesesakan dari Slim River hingga Sungkai dan dari Ipoh ke perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak dalam perjalanan ke utara.

"Trafik juga perlahan antara Bidor dan Tapah," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata trafik kearah timur dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke plaza tol Gombak dan sehingga ke Bukit Tinggi juga perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik melalui talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan akaun Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 dan akaun Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

No comments:

Post a Comment