Saturday, 26 July 2014

Tidak sensitif: Wanita pakai maskara yang dicuri dari lokasi MH17 terhempas

Ekaterina Parkhomenko - Foto The Telegraph

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warganegara Ukraine mencetuskan kontroversi apabila memuatnaikkan gambarnya di laman Instagram dengan memakai maskara yang dicuri dari lokasi pesawat MH17 terhempas.


Ekaterina Parkhomenko yang melabelkan dirinya anggota puak pemisah Ukraine di Instagram, memuatnaik gambar itu dengan ‘caption’ “Mascara from Amsterdam; to be precise, from the field. Well, you understand.”

Menurut laporan news.com.au, Parkhomenko tinggal di bandar Torez dimana pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai yang lalu.

mascara

Parkhomenko dilaporkan tidak mengambil maskara itu sendiri, tetapi ia telah diberi kepadanya oleh seorang rakannya.

Tindakannya itu dikutuk hebat oleh pengguna media sosial dan The Telegraph melaporkan bahawa akaun Instagramnya telah dipadamkan. Namun The Telegraph melaporkan Parkhomenho sempat membalas beberapa komen pada gambarnya.

Ada seorang pengguna Instagram berkata “Adalah satu perkara yang baik awak tidak makan makanan dalam penerbangan itu  atau apa-apa sahaja awak boleh jumpa.”

Untuk itu, Parkhomenho membalas “Adakah awak mahu saya menghantar makanan juga? Dan seluar dalam? Dan najis? ".

Berikut adalah antara reaksi pengguna media sosial:










- Astro Awani  

No comments:

Post a Comment