Thursday 6 February 2014

Nicol juara Cleveland Classic


Datuk Nicol David


RATU skuasy negara, Datuk Nicol David berjaya merangkul gelaran keduanya tahun ini selepas muncul juara Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat.

Menurut laman web kejohanan, www.squashsite.co.uk, pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pencabar dari Hong Kong, Annie Au 13-11, 11-5, 11-6 dalam perlawanan akhir.

Nicol, 30, yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Juara-Juara di New York, bulan lalu kini sudah mengumpul 73 gelaran WSA sepanjang bergelar pemain profesional.

No comments:

Post a Comment