Thursday 6 February 2014

Kes Cerai Liza Abdullah Ditangguh




Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menangguhkan sebutan kes cerai pelakon terkenal, Liza Abdullah, 52, dengan suaminya, Zolkifli Abd Rahman, sehingga 24 Februari depan.

Permohonan penangguhan ini dibuat oleh Peguam Syarie, Saadiah Din yang mewakili pelakon itu. Pun begitu, kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah.

Untuk rekod, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas 26 tahun hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

MH Online

No comments:

Post a Comment