Thursday 6 February 2014

Pelajar tingkatan dua mati terjerut buaian

Gambar hiasan


GUA MUSANG: Seorang pelajar berusia 14 tahun maut, dipercayai terjerut tali buaian di dalam sebuah bilik.

Kejadian berlaku ketika kakak ipar mangsa sedang sibuk menyuap makanan kepada anak serta anak saudaranya di PPRT Tanah Putih, Gua Musang petamg semalam.

Mangsa, Nor Aiman Nor Azmi, dijumpai oleh abangnya Mohd Noryussairul Anuar, 19 tahun, dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut berhampiran kerusi meja solek.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi itu tidak ke sekolah kerana demam serta tiada perubahan pelik dalam diri mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut tengah malam tadi.

Siasatan polis mendapati mangsa terjerut diri sendiri. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment