Penyanyi taraf antarabangsa memang terkenal dengan permintaan melampau, terutamanya keperluan dan persediaan diri sebelum melakukan persembahan. Ingat lagi bagaimana Mariah Carey minta sejambak bunga mawar putih dan lilin aromaterapi vanilla? Jennifer Lopez pun enggan mengalah, dengan meminta satu bilik diwarnakan putih, sampai ke hidangan makanan juga mesti berwarna putih!
Kali ini kami terkejut kerana si manis Katy Perry pun sama naik belang apabila berlagak diva. Baru-baru ini semasa konsert peribadi di Caesar’s Palace, Las Vegas dimana Katy telah melakukan persembahan, beliau dikatakan telah membuat aneka jenis permintaan yang memeningkan pihak penganjur.
Menurut laporan TMZ, sebelum Katy mulakan persembahan, beliau mewajibkan pihak penganjur menyediakan aneka jenis sayuran, satu bakul besar berisi buahan dan granola. Selain itu, Katy juga mahukan hidangan tanpa lemak dan bebas bahan pengawet.
Nampaknya azam tahun baru Katy Perry nak hidup lebih sihat, dengan senarai permintaan beliau yang jelas pentingkan diet permakanan.
Bagaimana dengan anda? Bolehkah jaga permakanan sebegini seperti Katy Perry semata penuhi azam tahun baru?
No comments:
Post a Comment