Monday, 6 January 2014

Anda suka melaram? Jom dengar Ragam Melaram

Anda suka melaram? Jom dengar Ragam Melaram

BERMULA 6 Januari 2014 ini, dengarkan Suria.FM di frekuensi 105.3 FM setiap pagi Isnin dalam segmen Ragam Melaram yang akan ke udara pada jam 7.30 pagi hingga 9 pagi.

Istimewa segmen ini adalah kerana Editor/Pengurus Jenama Majalah Nona, Kiffy Razak akan turut sama mengendalikan segmen ini bersama DJ terkenal, Halim Othman dan Adibah Nor.

Mereka akan membincangkan mengenai topik-topik fesyen yang popular di dalam dan luar negara.

Membuka tirai Ragam Melaram, pada hari Isnin ini, topik yang akan dibincangkan adalah '2014 Fashion Trends'.

Jadi penggemar-penggemar fesyen, jika anda nak tahu apakah warna, tema , fabrik atau rekaan yang menjadi pilihan pada tahun 2014 ini, jangan lupa dengarkan Ragam Melaram.

Suria.FM Frekuensi : Klang Valley 105.3 FM| Perlis, Kedah & P.Pinang 106.9 FM| Taiping 91.7 FM| Ipoh 96.0 FM| Kota Bharu 106.1 FM| K. Terengganu 102.4 FM| Kuantan 96.1 FM| Seremban 107.0 FM| Melaka & North Johor 88.5 FM| Johor Bahru 101.4 FM|Kota Kinabalu 105.9 FM|


- Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment