Monday, 6 January 2014

Padan muka! Mangsa belasah penyamun

Mangsa belasah penyamun
Suspek yang didakwa menyamun seorang pelancong asing.


KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 20an untuk melakukan samun terhadap seorang pelancong asing tidak kesampaian apabila suspek lelaki dibelasah mangsa ketika cuba melarikan diri.

Mangsa yang tidak mahu namanya dikenali berkata, ketika sampai di hadapan rumah temannya kira-kira jam 2.30 petang di Taman Keladi, dia nampak suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha datang menghampirinya.

Suspek meminta kebenaran dari mangsa untuk meminjam telefon bimbit, bagaimanapun mangsa enggan memberinya.

Suspek kemudiannya meminta mangsa meminjamkannya syiling bagi membolehkan dia menggunakan telefon awam.

Mangsa menyeluk saku seluar dan memberikan syiling kepada suspek.

Bagaimanapun, suspek menyatakan jumlah itu tidak mencukupi.

Mangsa kemudiannya mengeluarkan dompet dan ingin memberikan wang kepada suspek.

Melihatkan jumlah wang yang banyak dalam dompet mangsa, suspek cuba merampasnya, bagaimanapun mangsa bertindak membelasah suspek.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, ahli PPKM yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu ternampak pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum meredakannya.

“Saya berjumpa mangsa dan meminta dia menerangkan kejadian yang berlaku sebelum menghubungi polis.

"Mangsa menyatakan dia terkejut dengan perlakuan suspek yang tiba-tiba menyerang dan cuba merampas dompetnya. Bagaimanapun mangsa tidak cedera,” katanya.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment