Monday 6 January 2014

Mariah Carey dibayar $1juta oleh anak Sultan Brunei!



Nampaknya Mariah Carey awal tahun lagi sudah untung. Mana tidaknya, di kala orang lain bercuti panjang, Mariah diupah untuk menyanyi di salah sebuah parti putera Sultan Brunei, iaitu Putera Azim di London.

Menurut Daily Mail, Mariah dikatakan telah dibayar anggaran US$ 1.5 juta untuk menyanyikan beberapa lagu, termasuk Always Be My Baby di parti yang diadakan di Dorchester Hotel.

Wakil Mariah telah sahkan beliau telah melakukan persembahan di parti Putera Azim yang juga merupakan teman baik Mariah, namun tidak mengesahkan jumlah bayaran yang diterima.

Mariah telah diterbangkan ke London bersama suami dan anak kembar beliau dengan jet peribadi dan telah bermalam di Harlequin Suite yang dikatakan dimiliki Agensi Pelaburan Brunei.


Sumber: MyLaunchpad 

No comments:

Post a Comment