Monday 6 January 2014

Justin dan Selena kembali bersama?


Siapa bilang tahun baru cinta baru? Bagi dua penyanyi remaja yang terkenal dengan hubungan cinta tidak tentu arah mereka ini, Justin Bieber dan Selena Gomez, nampaknya tahun baru adalah masa terbaik untuk kembalikan kehangatan cinta lama.

Justin dan Selena dilihat bermesra di kampung halaman Justin di Calabasas, California, dengan menunggang Segway.

Selena yang berusia 21 tahun dikatakan mengambil masa daripada konsert beliau untuk merawat diri kini banyak meluangkan masa bersama kaum keluarga dan sahabat rapat. Mungkin dengan kembali bersama Justin, beliau bukan sekadar merawat badan tetapi rawat hati sekali.

Ini bukan kali pertama mereka kembali bersama. Justin sering kali mengatakan bahawa beliau masih menyayangi Selena biarpun mereka berpisah beberapa kali. Kebanyakan lagu dalam album baru Justin turut diinspirasikan daripada hubungan beliau bersama Selena.


MyLaunchpad 

No comments:

Post a Comment