Monday 6 January 2014

Kanak-kanak 6 tahun rogol sepupu sendiri

MELAKA, (MLP) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dikatakan telah merogol sepupu beliau yang berusia 5 tahun ketika bermain di Pendang, Kedah.

Menurut akhbar harian, The Star, dua orang kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan berbogel dalam rumah kira-kira jam 2 petang 29 haribulan Disember oleh nenek mereka.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut telah membuat laporan polis pada tahun baru namun pada hari berikutnya beliau menarik balik laporan dan hanya berbuat demikian agar anak perempuan beliau boleh terima rawatan.

Doktor yang merawat kanak-kanak perempuan tersebut dapati bahawa hymen kanak-kanak tersebut telah koyak dan terus menghubungi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie).

Kes sebegini membimbangkan ibu bapa dan penduduk setempat, terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak yang begitu muda.


Sumber: MyLaunchpad News

No comments:

Post a Comment