Model-model yang telah tiba ke pelabuhan Malaysia pada 2013 antaranya Volkswagen Golf GTI dan TSI. Volkswagen Polo Sedan CKD, Suzuki Swift Sport dan Jimny, Mitsubishi Attrage, Ford Fiesta, Audi A6 hibrid, Kia Picanto dan Rio, Honda Accord dan Jazz CKD, Toyota Vios, Lexus IS dan ES, Peugeot 208 GTI, BMW 4 Series, Nissan Leaf, Nissan Grand Livina, Nissan Serena Hibrid, Mazda Biante, Hyundai i40 dan lain-lain.
Penghujung 2013 juga tidak sepi berbanding tahun sebelumnya di mana pihak pengeluar turut mengambil peluang hujung tahun memperkenalkan produk baharu mereka.
Berdasarkan rekod dari MAI sehingga November lalu, model kompak Perodua Myvi merupakan model terlaris 2013 dengan rekod jualan sebanyak 88,700 unit. Ia diikuti Proton Saga (63,500 unit), Perodua Viva (45,900 unit), Perodua Alza (43,200 unit), Toyota Vios dan Proton Exora.
KERETA TERLARIS 2013 (Data Sehingga November)
1) PERODUA MYVI
2) PROTON SAGA
3) PERODUA VIVA
4) PERODUA ALZA
5) TOYOTA VIOS
6) PROTON EXORA
7) PROTON PREVE
8) PROTON PERSONA
9) HONDA CITY
10) HONDA CIVIC
11) HONDA CRV
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment