Thursday 2 January 2014

Khairy Jamaluddin kongsi cerita hantar anak ke sekolah

KJ kongsi cerita hantar anak ke sekolah
Jibreil Ali berada di dalam kelas pada hari pertama persekolahan sesi 2014 yang bermula hari ini. - Foto Ihsan Facebook rasmi Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Pengalaman menghantar anak ke sekolah pada hari pertama tentunya menjadi momen indah yang akan dikenang oleh ibu dan ayah.

Sudah pasti pelbagai rasa menyelebungi benak sanubari, ada suka, gementar dan mungkin juga sebak melihat anak kecil yang sudah menginjak dewasa.

Perkara sama tidak terkecuali kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghantar anak sulungnya ke sekolah pagi tadi.

Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ berkongsi pengalamannya sebagai seorang ayah yang menghantar anak kesayangannya pada hari pertama persekolahan,

“Selamat tahun baru kepada semua kenalan media sosial!

“Pagi tadi saya telah hantar anak sulung saya, Jibreil Ali atau "Cougar" ke sekolah untuk hari pertama beliau. Pasti ramai ibu bapa yang melalui pengalaman yang sama.

“Saya rasa, saya lebih sedih dan 'nervous' daripada Jibreil,” tulisnya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

KJ turut menasihatkan anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh serta mencari ramai kenalan ketika di sekolah.

“Study hard and make friends, son!,” tulisnya.

- Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment