Thursday 2 January 2014

Duta Palestin maut ketika cuba buka peti besi

Senario di luar kediaman Duta Palestin - Foto AP


PRAGUE: Duta Palestin ke Republik Czech maut dalam satu letupan ketika beliau sedang membuka sebuah peti besi yang tidak dibuka selama 20 tahun.

Jamal Al-Jamal yang berusia 56 tahun, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Susulan letupan itu, polis mengarahkan penghuni di sekitar kediaman diplomat terbabit mengosongkan bangunan selepas pihak berkuasa menemui 2 objek meragukan.

Mengulas insiden itu, Menteri Luar Palestin, Riad Malki berkata, tiada sebarang unsur keganasan dikesan sebaliknya, letupan berpunca daripada peti besi yang ditinggalkan selama 20 tahun.

Hasil siasatan mendapati, pintu besi itu dipasang jerangkap samar dan polis tidak dapat memastikan bagaimana Jamal membuka peti besi itu.

Jamal mula berkhidmat sebagai diplomat di Prague sejak 1984 sebagai pemangku duta.

Pada 2005 hingga 2013, beliau dilantik sebagai Konsul Jeneral di Alexandria, Mesir sebelum dilantik sebagai duta ke Republik Czech pada Oktober tahun lalu.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment