Thursday 2 January 2014

Johan: Jangan terus salahkan saya!

Johan Asaari
Johan Asaari


TAHUN 2013 menyaksikan pelakon Juvana, Johan As’ari, 27, berdepan dengan kontroversi percintaan yang sangat hebat. Pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan Shila Amzah, aktor ini bagaimanapun mengejutkan masyarakat dengan kisah cinta 'touch & Go' bersama aktres seksi, Lana Nordin.

Johan yang sebelum ini pernah membuat pengakuan bakal mengahwini Lana, tiba-tiba saja memutuskan hubungan dengan aktres itu hanya selepas sebulan bercinta atas alasan tiada restu orang tua.

Meskipun Lana menerima keputusan itu dengan terbuka, namun aktres yang diberi jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' itu tetap sinis mempertikaikan sikap Johan yang tidak matang serta mempergunakan agama untuk mendekatinya.

Tak kurang juga tanggapan dan persepsi yang lahir dari peminatnya sendiri, yang melabel Johan sebagai lelaki 'kasanova' dan suka mempermainkan hati wanita. 

Tidak mudah melatah dengan apa saja yang dihamburkan untuk dirinya, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini, tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dia masih diberikan ruang kesempatan untuk terus memperbaiki dirinya.

“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. "Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim.

“Manakala tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,” kata Johan yang menepis segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini. 

Akui kekhilafan dirinya, Johan berharap semua orang tidak menyalahkannya atas perkara yang berlaku kerana setiap manusia pasti melakukan kesilapan.

“Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” katanya bimbang perkara sama berulang kembali.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment