Thursday 2 January 2014

Kanye dan Kim hadiah Lamborghini untuk North

Kim Kardashian dan Kanye West
Kim Kardashian dan Kanye West


UMUM sedia maklum, kehidupan selebriti antarabangsa sememangnya penuh dengan kemewahan.

Tidak terkecuali, bintang terkenal, Kim Kardashian dan Kanye West turut memanjakan anaknya, North, dengan barangan mewah.

Walaupun baru sahaja berusia enam bulan, North telah dihadiahi sebuah kereta, Lamborghini ukuran mini daripada ibu bapanya itu.

Menerusi laman Instagram, Kim turut menulis, 'like father like daughter', apabila West juga turut memiliki kereta dari model dan warna yang sama bernilai RM2.5 juta.

No comments:

Post a Comment