Thursday 2 January 2014

Filem terlaris Indonesia

SETELAH hampir sebulan tayangan, filem Indonesia, 99 Cahaya di Langit Eropah, berjaya menembusi sejuta penonton.

Secara tidak langsung, perjalanan Hanum dan Rangga dalam meniti jejak peninggalan Islam di Eropah, meninggalkan kenangan manis di senarai box office negara itu.

Menerusi laporan mengenai filem di Indonesia, naskhah terbitan, Maxima Pictures ini berjaya meraih 1,003,988 jumlah penonton sekali gus membawa filem ini sebagai yang paling laris di sepanjang tahun ini.

Selain filem ini, dua filem berskala besar, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Cinta Brontosaurus, berjaya disenaraikan di tempat kedua dan ketiga.

No comments:

Post a Comment