Thursday 2 January 2014

Cinta baharu Miley Cyrus?

Miley Cyrus

WALAUPUN beberapa kali dikaitkan dengan cinta, penyanyi, Miley Cyrus tampil menafikannya.

Bukan sahaja dengan Justin Bieber, malah Cyrus turut dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama, Kellan Lutz.

Kini Cyrus, sekali lagi dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pembantu peribadinya, Cheyne Thomas.

Kemesraan mereka ketika berkunjung ke konsert Britney Spears, baru-baru ini menimbulkan tanda tanya kepada peminat.

Pun begitu, sehingga kini, masing-masing berdiam diri dan enggan bercerita mengenai perkara itu kepada umum.


No comments:

Post a Comment