Wednesday, 23 October 2013

Trailer filem KOLUMPO didedahkan

Trailer filem KOLUMPO didedahkan

Trailer filem sulung terbitan Otto Films Sdn. Bhd., KOLUMPO didedahkan kepada umum baru-baru ini.

KOLUMPO, sebuah filem Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim dibintangi Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.

Bercerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur, filem ini membawa penonton ke latar Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Ia mengisahkan seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja dan mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kaleidoskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

Filem KOLUMPO bakal ditayangkan pada 05 Disember 2013.

Sumber: ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment