PENDANG - Sebanyak 71 keluarga melibatkan 250 orang di daerah Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di sini sejak semalam berikutan kediaman mereka dilanda banjir.
Pegawai Daerah Pendang Abdul Rahman Ismail berkata sehingga pukul 2 petang tadi, pusat pemindahan itu menempatkan mangsa banjir dari empat mukim iaitu Guar Kepayang, Padang Pusing, Air Puteh dan Bukit Raya.
"Kita telah membuka bilik gerakan banjir sejak semalam dan buat masa ini kita hanya membuka satu pusat pemindahan kerana pusat ini mampu menampung jumlah mangsa lebih 300 orang.
"Pusat pemindahan ini dibuka 24 jam jadi kita minta penduduk yang kawasan rumahnya ditenggelami air agar segera berpindah ke sini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata paras air di Sungai Pendang pada pukul 2 petang ini menunjukkan bacaan pada 2.88 meter iaitu paras bahaya.
"Bacaan pada pukul 8 pagi tadi menunjukkan paras air berada pada 2.89 meter dan sehingga pukul 2 petang tadi air hanya surut sebanyak 0.1 meter dan masih berada pada tahap bahaya," katanya.
Seorang mangsa, Rosliza Abdul Razak, 26, berkata mereka sekeluarga mula berpindah ke pusat pemindahan sekitar pukul 9 pagi semalam selepas kawasan rumahnya mula dinaiki air.
"Sudah hampir tiga hari air naik di kawasan rumah pada paras lutut jadi saya dan suami ambil keputusan untuk berpindah kerana bimbang keselamatan anak yang masih berumur tiga tahun dan dua bulan," katanya.
Rosliza, yang tinggal di Kampung Bonggol Besi berkata, dia dan keluarganya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir disebabkan kawasan rumah mereka sering dinaiki air pada musim banjir.
Seorang lagi mangsa, Marshitah Said, 28, yang tinggal di Kampung Batu Hampar Kanan di sini, berkata dia juga sering berpindah ke pusat pemindahan apabila rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Pendang selalu ditenggelami air apabila musim banjir.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment